Apakah Punca Masalah Gemuk Air?

Selain masalah lemak berlebihan, ramai (terutamanya wanita) mempunyai masalah gemuk air yang ingin dikurangkan.

>>Adakah anda berasa seperti anda membawa kandungan air yang banyak dalam badan anda dari yang sepatutnya?

>>Adakah anda tidak berpuas hati melihat diri anda yang kadang kala kelihatan langsing dan kadang kala pula kelihatan membengkak, buncit, dan seakan-akan berat badan 5kg dari biasa?

Jika benar, mungkin masalah anda ini disebabkan oleh pengumpulan cecair berlebihan dalam tisu badan atau lebih dikenali sebagai gemuk air.

Gemuk air boleh terjadi disebabkan banyak faktor. Oleh itu adalah amat penting untuk anda mengetahui apakah faktor-faktro tersebut, dan apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mengawalnya agar anda boleh membebaskan diri dari masalah gemuk air.

Berikut adalah faktor-faktor yang perlu anda ketahui.

  1. Makanan tinggi Garam

Barangkali punca utama yang menyebabkan gemuk air ialah makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Jika anda mengamalkan diet yang bergaram tinggi, secara keseluruhanya kadar pengambilan sodium juga meningkat. Ini bermakna tubuh anda akan menyimpan air dalam kuantiti yang banyak untuk mengimbanginya.

Tubuh kita gemar memelihara keseimbangan sodium dalam sistem badan, jadi apabila kadar pekekatan sodium meningkat maka lebih banyak air yang disimpan dalam badan bagi membantu mencapai keseimbangan yang sepatutnya.

makanan-terlebih-garam

Bagi mengelakkan masalah ini berlaku pada diri anda, amalkan diet rendah garam dan tinggi pottasium (potassium membantu menentang sodium). Fokus pada pengambilan buah-buahan segar dan sayur-sayuran adalah satu langkah yang bijak bagi mengawal masalah ini.

2. Tekanan Kehidupan

Satu lagi punca gemuk air ialah tekanan atau stress yang berlebihan. Jika anda sering tertekan, ini akan mengakibatkan badan anda menyimpan lebih banyak air. Oleh yang demikian teknik yang harus anda lakukan untuk mencegah masalah ini adalah dengan mempraktikan langkah-langkah pengawalan tekanan yang betul.

Hilangkan tekanan yang menggangu hidup anda dengan cara menulis jurnal peribadi, berlatih bernafas dengan betul, atau keluar berjalan kaki dengan pantas untuk menenangkan fikiran.

3. Senaman Intensiti Tinggi

Perkara seterusnya yang menggalakkan pembentukan gemuk air ialah senaman berat yang sangat giat atau berintensiti tinggi. Senaman berintensiti tinggi akan mengakibatkan banyak trauma terhadap tubuh badan, maka ia akan melalui proses penyembuhan. Apabila inflamasi berlaku, air yang banyak akan disimpan dalam badan sehingga proses penyembuhan selesai.

high-intensity

Rehat Penting

Anda semestinya tidak mahu meninggalkan segala bentuk senaman berintensiti tinggi yang anda amalkan demi menangani masalah ini. Oleh itu, adalah mustahak untuk anda menjadualkan beberapa hari rehat dalam seminggu, untuk membolehkan penyembuhan sepenuhnya selesai.

Dengan masa rehat yang mencukupi, anda akan mendapati dir anda kelihatan lebih langsing dan kurang membengkak dari kebiasaanya.

4. Terlalu banyak fiber atau serat.

Akhir sekali, faktor yang perlu anda awasi jika anda mahu mengurangkan gemuk air ialah pengambilan serat atau fiber. Walaupun dengan mengamalkan makanan tinggi serat boleh membantu mengurangkan buncit dan gemuk air dari berlarutan, tapi jika anda keterlaluan dalam pengambilan sayur-sayuran, perkara sebaliknya boleh berlaku.
Sekiranya anda mahu meningkatkan jumlah pengambilan sayur-sayuran, anda patut melakukanya secara beransur-ansur. Buat penambahan sebanyak 5 gran sehingga anda mencapai sasaran yang anda mahukan.

.

Jadi Bagaimana Nak Kurangkan Gemuk Air?? Kami sediakan kepada anda 5 Langkah Untuk Mengurangkan Masalah Gemuk Air Dalam Masa Singkat!

free-ebook-5-langkah-hilangkan-gemuk-air
Ketahui Cara Untuk Hilang 3kg dalam masa singkat!!

Credit : KevinZahri