Ketahui Tips & Cara Menghilangkan Gemuk Air Dalam Badan

masalah-gemuk-air

Kenali Gemuk Air

Kalau anda ingin kurangkan berat badan dan kelihatan langsing atau toned, anda harus mahir mengawal pengumpulan cecair berlebihan dalam tisu badan atau gemuk air.

Pengumpulan cecair berlebihan dalam tisu badan boleh menyebabkan anda kelihatan lebihan berat badan sebanyak 2-3kg dalam masa yang singkat, kecuali dengan mengamalkan diet yang terancang. Jika anda ingin kelihatan langsing dengan cepat untuk menghadiri sesuatu acara, atau majlis istimewa, anda pasti tidak mahu perkara ini berlaku pada anda.

Anda boleh mengatasi masalah gemuk air dengan mempelajari beberapa teknik yang lebih terperinci. Jom lihat apa yang perlu anda ketahui :

1.    Kurangkan karbohidrat

Langkah pertama dan yang paling selamat untuk dehidrasi atau mengurangkan air dalam sisem badan anda dan menghadkan jumlah kandungan cecair ialah dengan mengurangkan karbohidrat.

Setiap gram karbohidrat yang tersimpan dalam badan anda turut membawa 2-3 gram air. Jadi jika anda dapat membuang lebihan karbohidrat tersebut bermakna kandungan air itu djuga dapat disingkirkan.

Sebab itulah mereka yang memulakan diet rendah karbohidrat akan melihat berat badan mereka menurun secara mendadak pada permulaan diet tersebut.

Lakukan diet rendah karbohidrat dalam tiga atau empat hari untuk menyingkirkan kandungan air adalah satu strategi yang bijak dan berkesan.

plain_rice

KURUS ELAK NASI?

Kalau anda elak makan nasi atau sumber karbohidrat seperti diet Atkins, penurunan berat badan pada awalnya hasil daripada pembuangan air dari badan.

Tapi ingat!! Apabila anda tingkatkan semula pengambilan karbohidrat, kandungan air badan akan bertambah semula.

 

2.    Tingkatkan Pengambilan Air

Kalau anda tidak cukup pengambilan cecair secara am, badan akan cuba menyimpan sebanyak mungkin untuk keselamatan anda. Jadi untuk membuang air berlebihan tersebut, tingkatkan pengambilan cecair.

BANYAK MANA YANG ANDA PERLU MINUM?

Lihat kepada warna urine anda. Pastikan ia lebih jernih daripada kekuningan… Jernih daripada kekuningan 🙂

3.    Kurangkan Pengambilan Garam

Sekarang anda sudah pun tahu bahawa garam menjadi penyumbang besar kepada masalah gemuk airdan juga hypertension. Maka untuk kurangkan kesan garam terhadap badan anda, kurangkanlah pengambilannya.

makanan-terlebih-garam

4.    Hadkan Pengambilan Cecair 1-2 Hari.

Apa?? Kurangkan Air? Bukan tadi baru suruh minum air lebih?

Langkah seterusnya, anda perlu menghadkan pengambilan cecair/air. Langah ini agak membahayakan dalam misi menyingkirkan air, maka anda mesti berhati-hati.

Anda tidak harus menghadkan pengambilan air dalam jangka panjang. Cukup untuk sehari dua sahaja anda kurangkan pengambilan air supaya kelihatan lebih langsing.

Meminum alcohol juga boleh menyebabkan dehidrasi, tetapi ia banyak kesan negative dari segi pengurangan lemak, jadi cara ini lebih banyak kesan kontra.

Tapi Hati-Hati!! Jika anda merancang untuk mengurangkan pengambilan air, pastikan anda kurangkan aktiviti fizikal kerana risiko anda berasa pening dan pitam adalah tinggi.

5.    Produk Diuretik Untuk Tingkatkan Pembuangan Urin.

Cara yang terakhir untuk mengawal gemuk air ialah dengan mengambil produk diuretic. Ini akan menyebabkan peningkatan dalam pembuangan air kencing. Cara ini amat berkesan untuk memerahkandungan air dalam badan anda.

Teknik ini hanya dilakukan oleh mereka yang perlu benar-benar langsing, contohnya mereka yang bertanding dalam bina badan atau pertandingan yang seumpamanya.

Kini anda sudah mengetahui perkara-perkara utama tentang teknik terperinci untuk mengurangkan gemuk air dan kelihatan selangsing mungkin. Lakukan sedikit demi sedikit dengan berhati hati supaya keselamatan anda terjamin.

PRODUK DETOX BOLEH MEMBANTU?

Detox = Lawas? Ya lebih kurang. Ramai yang pandang remeh bab melawas. Kalau tidak kerap & lancar, banyak toksins yang tersumbat dan kurangnya kualiti penyerapan zat vitamin dan mineral makanan.

Contoh produk detox Clean8 yang boleh membantu melancarkan proses pembuangan toksik yang berlebihan.

clean8 dicadangkan ahli farmasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *